Thursday, 1 March 2012

Kalau aku katakan boleh, pasti aku boleh lakukannya!

Kisah di sebuah sekolah. Seorang guru besar telah memilih dua orang guru untuk membimbing pelajar-pelajar target cemerlang PMR. Guru tersebut telah dipanggil dan dimaklumkan bahawa mereka merupakan guru cemerlang bertuah kerana telah dipilih untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Lalu guru tadi berasa amat bangga kerana telah terpilih untuk menjadi guru kepada calon2 cemerlang PMR. Setelah dibuat beberapa ujian, didapati peratusan lulus semakin naik. Maka guru tersebut dipanggil oleh pengetua dan mendapat pujian. Pengetua memuji kehebatan dan kecemerlangan mereka dalam mengajar sehingga boleh menghasilkan prestasi yang baik. Maka semakin bersemangatlah guru tadi untuk terus mengajar dengan bersungguh-sungguh. Masha Allah, peningkatan peratusan semakin tinggi dan sekali lagi guru tadi dipanggil. Pengetua mengucapkan tahniah diatas usaha guru tersebut. namun, diakhir bicaranya..pengetua mengatakan bahawa selama ini dia ada pengakuan yang ingin dibuat kepada dua orang guru tersebut. Lalu mereka dengan yakin pengetua akan mengatakan sesuatu yang positif. Sebaliknya, pada ketika itu pengetua menyatakan bahawa sebenarnya guru tadi bukanlah guru yang cemerlang dan pelajar2 yang mereka bimbing itu juga bukanlah pelajar cemerlang, malah bermasalah. Cuma ia adalah satu helah untuk meningkatkan motivasi guru dan para pelajar. Lalu kedua guru tadi tercenganglah bila mendengar penyataan realiti tersebut...
The moral of da story: Kita adalah apa yang kita fikir! Jika set minda kita boleh lakukan, maka pasti kita boleh..Yeah! Go for success fid dunia wal akhirat! Trust Yourself..=)
                         

Adakah hari esok masih ada untukku?

Thursday, 19 January 2012

CIRI-CIRI SUAMI PILIHAN



KASIH manusia sering bermusim,

sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.



ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…


- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara imanmu.



- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.



- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?



- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.



- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.



- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buatmu.



- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.



- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.



- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.



- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.


Amalkanlah doa ini, mohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan yang soleh..insyaAllah:


" ربنا هب لنا من أزوجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما" 
Rujukan: Surah al-Furqan: ayat 74.


Akhirul kalam, solehahkanlah dirimu untuk mendapat jodoh yang soleh..
SELAMAT BERAMAL =)

Subhanallah..dengarkanlah..


Alangkah sejuknya hati ibu yang mengandung..insyaAllah, moga lahir dari generasiku golongan al-hafiz dan al-hafizah yang meninggikan kalamullah..amen Ya Allah =).


Hati terasa kekosongan, bila berjauhan dengannya..

Wednesday, 5 October 2011

Istiqomahkan dirimu..

  • ü  Muhasabah apa yang telah aku buat hari ini
  • ü  Pastikan hari esok lebih baik daripada semalam
  • ü  Mesti memohon atau meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi kepada Allah dulu kerana meluahkan pada manusia akan sia-sia malah lebih teruk lagi membawa kepada ghibah.
  • ü  Buat apa pun, utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia...BUATLAH APA PUN ASALKAN ALLAH SUKA.
  • ü  Yakin Allah akan tolong hamba yang berjuang, berkorban di jalanNya.
  • ü  Allah tak pandang banyak mana yang kita telah buat tapi akan lihat apa yang kita telah usahakan walaupun benda tu kecik.
  • ü  Jangan lupa jadikan amalan serahkan setiap urusan kepada Allah setelah merancang atau berusaha.
  • ü  Banyakkan berzikir untuk bersihkan hati.
  • ü  Jaga pandangn sebab untuk jaga kesucian hati (zina hati).
  • ü  Isi kekosongan masa dengan zikrullah supaya hati kita terisi dengan nur ilahi dan untuk elak dari syaitan amik tempat bila jiwa kita kosong.
  • ü  Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • ü  Elak bercakap perkara lagho.
  • ü  Bina silaturrahim dan peningkatan thaqofah melalui usrah.
  • ü  Senyumlah…walaupun amat pahit kepedihan yang terbuku di hati.
  • ü  Banyakkan memberi, insyaAllah kita akan banyak menerima..
  • ü  Paling penting, ikhlaskan semuanya kerana Allah..semata-mata ingin menggapai redhanya.

" Semalam jadikan pedoman, Hari ni manfaatkan peluang, InsyaAllah esok makin cemerlang"


" Janganlah engkau merasa bangga dengan amalan yang engkau kerjakan, TAPI..bersyukurlah atas nikmat hidayah Allah yang mendorongmu melakukan amalan tersebut" 

Ku rindu padamu..



Senyuman manismu yang ku amat rindui..


Saat-saat terakhir..

Di kala ku sendirian, engkau sentiasa hadir dalam fikiran dan hatiku..wajahmu masih terbayang-bayang di mata..wajahmu yang kudus, membelaiku dengan penuh kasih sayang..Mana mungkin ku mampu melupakanmu, kerana hanya engkau sahaja yang telah banyak berkorban untukku..menyayangiku melebihi segala yang engkau miliki.
Bila ku rindu padamu..kenangan demi kenangan datang menyapaku..masih ku ingat,detik-detik kita bersama..dari ku kecil hinggalah ku meningkat dewasa. Ku sering memerhatikan, keringat yang tumpah diwajahmu. masih ku ingat, urat-urat yang timbul di tubuhmu dek kerana kepenatan demi mencari rezeki untuk kami. Masih ku ingat, engkau bersusah-payah menghantar ku ke sekolah demi mengubah nasib keluarga..dengan penuh harapan, engkau sering memberi perangsang kepadaku..masih ku ingat, makanan kegemaranmu..ketika engkau memintaku untuk menyediakannya..Gurauanmu, gelak tawamu, tangismu...Ya Allah, aku amat rindu semuanya..lebih-lebih lagi di saat ini, sendirian..tiada lagi tempat ku luahkan kepedihan hati, tiada lagi tempat ku mengharapkan kata-kata semangat yang membuatkan aku terus bangkit gagah berdiri..
Detik itu, masih jelas di mataku..tidak pernah hilang dari mindaku..di saat-saat akhir kita bersama..engkau menatap wajahku, penuh kasih sayang..jiwaku sangat pedih tak terkata tatkala ku mendengar suaramu yang mengadu sakit dek kerana kesakitan tak tertahan lagi.aku tahu itu..yang merasai tidak sama dengan yang melihat...di katil itu, aku melihatmu semakin tidak bermaya dari hari ke hari..ku belai rambutmu, ku usap wajahmu, ku doakan untukmu, ku tatap wajahmu setiap inci, ku memelukmu penuh erat..ku sayang padamu..maafkan segala salah silapku..
Kepedihan di hatiku tak tertahan lagi, bila ku mendengar engkau pergi meninggalkanku buat selama-lamanya..sedangkan di saat itu aku jauh darimu..bagaikan halilintar menyambar hati, dadaku sebak, air mata tak dapat ditahan lagi..ku rasa ingin terbang mendapatkanmu..masih ku ingat, kali terakhir ku menatap wajahmu..ku kucup dahimu, ku cium wajahmu..tapi, sayangnya..itulah yang terakhir..
19 April 2011, menjadi tarikh keramat dalam diari hidupku.
Kini, hanya doa yang mampu ku iringi dalam setiap sujudku..moga dirimu bahagia di sana.
Sungguh, dengarlah pengakuan hatiku duhai ayah..KU SANGAT RINDU PADAMU!

Wednesday, 14 September 2011

RahmatMu ku damba...



Dunia
cukup indah
manusia leka dalam belaian kemewahan
penuh kenikmatan
terlena dalam dakapan hiburan dan kesenangan.


Dunia
siapakah engkau sebenarnya
seringkali membuatku terleka
hingga tidak mampu lagi jari ini menghitung dosa
ku terpana seketika
lantas manik-manik jernih membanjiri mata
bila terbayang azab Allah Yang Maha Esa.


Dunia
Aku ingin lari, sejauh mungkin
agar aku tidak bisa tersungkur lagi
dek tipudaya yang menghimpit jiwa
yang membuat aku makin lupa
pada Sang Pencipta.


Allah, Subhanallah...
Pemilik kerajaan langit dan bumi
Ku pohon agar
kurniakanlah hambaMu yang hina ini
ketetapan hati untuk terus memburu keredhaanMu
mengejar sinar hakiki
menuju jalan yang abadi
hinggalah tiba saat Izrail datang
menjalankan amanah dariMu ke atasku.


Ya Rahman,
jasadku ini penuh kekotoran
dilitupi debu-debu dosa dan kelalaian
Kasihanilah, Ampunilah, Rahmatilah hamba
yang jarang sekali bersyukur padaMu
kerna hanya dengan rahmatMu
ku bisa menggapai syurgaMu
Amin Ya Robbal 'Alamin.