Wednesday, 5 October 2011

Istiqomahkan dirimu..

  • ü  Muhasabah apa yang telah aku buat hari ini
  • ü  Pastikan hari esok lebih baik daripada semalam
  • ü  Mesti memohon atau meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi kepada Allah dulu kerana meluahkan pada manusia akan sia-sia malah lebih teruk lagi membawa kepada ghibah.
  • ü  Buat apa pun, utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia...BUATLAH APA PUN ASALKAN ALLAH SUKA.
  • ü  Yakin Allah akan tolong hamba yang berjuang, berkorban di jalanNya.
  • ü  Allah tak pandang banyak mana yang kita telah buat tapi akan lihat apa yang kita telah usahakan walaupun benda tu kecik.
  • ü  Jangan lupa jadikan amalan serahkan setiap urusan kepada Allah setelah merancang atau berusaha.
  • ü  Banyakkan berzikir untuk bersihkan hati.
  • ü  Jaga pandangn sebab untuk jaga kesucian hati (zina hati).
  • ü  Isi kekosongan masa dengan zikrullah supaya hati kita terisi dengan nur ilahi dan untuk elak dari syaitan amik tempat bila jiwa kita kosong.
  • ü  Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • ü  Elak bercakap perkara lagho.
  • ü  Bina silaturrahim dan peningkatan thaqofah melalui usrah.
  • ü  Senyumlah…walaupun amat pahit kepedihan yang terbuku di hati.
  • ü  Banyakkan memberi, insyaAllah kita akan banyak menerima..
  • ü  Paling penting, ikhlaskan semuanya kerana Allah..semata-mata ingin menggapai redhanya.

" Semalam jadikan pedoman, Hari ni manfaatkan peluang, InsyaAllah esok makin cemerlang"


" Janganlah engkau merasa bangga dengan amalan yang engkau kerjakan, TAPI..bersyukurlah atas nikmat hidayah Allah yang mendorongmu melakukan amalan tersebut" 

Ku rindu padamu..



Senyuman manismu yang ku amat rindui..


Saat-saat terakhir..

Di kala ku sendirian, engkau sentiasa hadir dalam fikiran dan hatiku..wajahmu masih terbayang-bayang di mata..wajahmu yang kudus, membelaiku dengan penuh kasih sayang..Mana mungkin ku mampu melupakanmu, kerana hanya engkau sahaja yang telah banyak berkorban untukku..menyayangiku melebihi segala yang engkau miliki.
Bila ku rindu padamu..kenangan demi kenangan datang menyapaku..masih ku ingat,detik-detik kita bersama..dari ku kecil hinggalah ku meningkat dewasa. Ku sering memerhatikan, keringat yang tumpah diwajahmu. masih ku ingat, urat-urat yang timbul di tubuhmu dek kerana kepenatan demi mencari rezeki untuk kami. Masih ku ingat, engkau bersusah-payah menghantar ku ke sekolah demi mengubah nasib keluarga..dengan penuh harapan, engkau sering memberi perangsang kepadaku..masih ku ingat, makanan kegemaranmu..ketika engkau memintaku untuk menyediakannya..Gurauanmu, gelak tawamu, tangismu...Ya Allah, aku amat rindu semuanya..lebih-lebih lagi di saat ini, sendirian..tiada lagi tempat ku luahkan kepedihan hati, tiada lagi tempat ku mengharapkan kata-kata semangat yang membuatkan aku terus bangkit gagah berdiri..
Detik itu, masih jelas di mataku..tidak pernah hilang dari mindaku..di saat-saat akhir kita bersama..engkau menatap wajahku, penuh kasih sayang..jiwaku sangat pedih tak terkata tatkala ku mendengar suaramu yang mengadu sakit dek kerana kesakitan tak tertahan lagi.aku tahu itu..yang merasai tidak sama dengan yang melihat...di katil itu, aku melihatmu semakin tidak bermaya dari hari ke hari..ku belai rambutmu, ku usap wajahmu, ku doakan untukmu, ku tatap wajahmu setiap inci, ku memelukmu penuh erat..ku sayang padamu..maafkan segala salah silapku..
Kepedihan di hatiku tak tertahan lagi, bila ku mendengar engkau pergi meninggalkanku buat selama-lamanya..sedangkan di saat itu aku jauh darimu..bagaikan halilintar menyambar hati, dadaku sebak, air mata tak dapat ditahan lagi..ku rasa ingin terbang mendapatkanmu..masih ku ingat, kali terakhir ku menatap wajahmu..ku kucup dahimu, ku cium wajahmu..tapi, sayangnya..itulah yang terakhir..
19 April 2011, menjadi tarikh keramat dalam diari hidupku.
Kini, hanya doa yang mampu ku iringi dalam setiap sujudku..moga dirimu bahagia di sana.
Sungguh, dengarlah pengakuan hatiku duhai ayah..KU SANGAT RINDU PADAMU!