Wednesday, 5 October 2011

Istiqomahkan dirimu..

  • ü  Muhasabah apa yang telah aku buat hari ini
  • ü  Pastikan hari esok lebih baik daripada semalam
  • ü  Mesti memohon atau meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi kepada Allah dulu kerana meluahkan pada manusia akan sia-sia malah lebih teruk lagi membawa kepada ghibah.
  • ü  Buat apa pun, utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia...BUATLAH APA PUN ASALKAN ALLAH SUKA.
  • ü  Yakin Allah akan tolong hamba yang berjuang, berkorban di jalanNya.
  • ü  Allah tak pandang banyak mana yang kita telah buat tapi akan lihat apa yang kita telah usahakan walaupun benda tu kecik.
  • ü  Jangan lupa jadikan amalan serahkan setiap urusan kepada Allah setelah merancang atau berusaha.
  • ü  Banyakkan berzikir untuk bersihkan hati.
  • ü  Jaga pandangn sebab untuk jaga kesucian hati (zina hati).
  • ü  Isi kekosongan masa dengan zikrullah supaya hati kita terisi dengan nur ilahi dan untuk elak dari syaitan amik tempat bila jiwa kita kosong.
  • ü  Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • ü  Elak bercakap perkara lagho.
  • ü  Bina silaturrahim dan peningkatan thaqofah melalui usrah.
  • ü  Senyumlah…walaupun amat pahit kepedihan yang terbuku di hati.
  • ü  Banyakkan memberi, insyaAllah kita akan banyak menerima..
  • ü  Paling penting, ikhlaskan semuanya kerana Allah..semata-mata ingin menggapai redhanya.

" Semalam jadikan pedoman, Hari ni manfaatkan peluang, InsyaAllah esok makin cemerlang"


" Janganlah engkau merasa bangga dengan amalan yang engkau kerjakan, TAPI..bersyukurlah atas nikmat hidayah Allah yang mendorongmu melakukan amalan tersebut" 

Ku rindu padamu..



Senyuman manismu yang ku amat rindui..


Saat-saat terakhir..

Di kala ku sendirian, engkau sentiasa hadir dalam fikiran dan hatiku..wajahmu masih terbayang-bayang di mata..wajahmu yang kudus, membelaiku dengan penuh kasih sayang..Mana mungkin ku mampu melupakanmu, kerana hanya engkau sahaja yang telah banyak berkorban untukku..menyayangiku melebihi segala yang engkau miliki.
Bila ku rindu padamu..kenangan demi kenangan datang menyapaku..masih ku ingat,detik-detik kita bersama..dari ku kecil hinggalah ku meningkat dewasa. Ku sering memerhatikan, keringat yang tumpah diwajahmu. masih ku ingat, urat-urat yang timbul di tubuhmu dek kerana kepenatan demi mencari rezeki untuk kami. Masih ku ingat, engkau bersusah-payah menghantar ku ke sekolah demi mengubah nasib keluarga..dengan penuh harapan, engkau sering memberi perangsang kepadaku..masih ku ingat, makanan kegemaranmu..ketika engkau memintaku untuk menyediakannya..Gurauanmu, gelak tawamu, tangismu...Ya Allah, aku amat rindu semuanya..lebih-lebih lagi di saat ini, sendirian..tiada lagi tempat ku luahkan kepedihan hati, tiada lagi tempat ku mengharapkan kata-kata semangat yang membuatkan aku terus bangkit gagah berdiri..
Detik itu, masih jelas di mataku..tidak pernah hilang dari mindaku..di saat-saat akhir kita bersama..engkau menatap wajahku, penuh kasih sayang..jiwaku sangat pedih tak terkata tatkala ku mendengar suaramu yang mengadu sakit dek kerana kesakitan tak tertahan lagi.aku tahu itu..yang merasai tidak sama dengan yang melihat...di katil itu, aku melihatmu semakin tidak bermaya dari hari ke hari..ku belai rambutmu, ku usap wajahmu, ku doakan untukmu, ku tatap wajahmu setiap inci, ku memelukmu penuh erat..ku sayang padamu..maafkan segala salah silapku..
Kepedihan di hatiku tak tertahan lagi, bila ku mendengar engkau pergi meninggalkanku buat selama-lamanya..sedangkan di saat itu aku jauh darimu..bagaikan halilintar menyambar hati, dadaku sebak, air mata tak dapat ditahan lagi..ku rasa ingin terbang mendapatkanmu..masih ku ingat, kali terakhir ku menatap wajahmu..ku kucup dahimu, ku cium wajahmu..tapi, sayangnya..itulah yang terakhir..
19 April 2011, menjadi tarikh keramat dalam diari hidupku.
Kini, hanya doa yang mampu ku iringi dalam setiap sujudku..moga dirimu bahagia di sana.
Sungguh, dengarlah pengakuan hatiku duhai ayah..KU SANGAT RINDU PADAMU!

Wednesday, 14 September 2011

RahmatMu ku damba...



Dunia
cukup indah
manusia leka dalam belaian kemewahan
penuh kenikmatan
terlena dalam dakapan hiburan dan kesenangan.


Dunia
siapakah engkau sebenarnya
seringkali membuatku terleka
hingga tidak mampu lagi jari ini menghitung dosa
ku terpana seketika
lantas manik-manik jernih membanjiri mata
bila terbayang azab Allah Yang Maha Esa.


Dunia
Aku ingin lari, sejauh mungkin
agar aku tidak bisa tersungkur lagi
dek tipudaya yang menghimpit jiwa
yang membuat aku makin lupa
pada Sang Pencipta.


Allah, Subhanallah...
Pemilik kerajaan langit dan bumi
Ku pohon agar
kurniakanlah hambaMu yang hina ini
ketetapan hati untuk terus memburu keredhaanMu
mengejar sinar hakiki
menuju jalan yang abadi
hinggalah tiba saat Izrail datang
menjalankan amanah dariMu ke atasku.


Ya Rahman,
jasadku ini penuh kekotoran
dilitupi debu-debu dosa dan kelalaian
Kasihanilah, Ampunilah, Rahmatilah hamba
yang jarang sekali bersyukur padaMu
kerna hanya dengan rahmatMu
ku bisa menggapai syurgaMu
Amin Ya Robbal 'Alamin.

Friday, 2 September 2011

Jadikanlah Al-Quran pendampingmu..


" Dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

" Sebaik-baik zikir ialah membaca Al-Quran"

" Sabda Rasulullah s.a.w..' Aku tinggalkan kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, yakni Al-Quran dan al-Sunnah"

Saturday, 26 February 2011

ila aina alfulus' indik?


Assalamualaikum.. nak dengar cerita…..satu hari…Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;Duit seringgit bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm… biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………’SURAU…., MASJID……., SURAU………"Utk duniawi byk yg kita gunakan RM tp utk akhirat pulak hanya sedikit shj..THINK ABOUT THIS…

Sahabatku...


SAHABAT..apa makna sahabat sebenarnya…?adakah kau faham apa itu erti sahabat… sahabat kau adalah teman kpd sahabat…namun layakkah kau bergelar seorang sahabat kepada SAHABAT?adakah kau memahami isi hati sahabat..apakah sahabat mu itu hanya menjadi teman mu waktu kau memerlukannya sahaja??atau pun sahabat mu itu hanya menjadi teman waktu senang atau sukanya sahaja…kemana kamu menghilang di waktu susah atau dukanya??pernahkah kamu fikir bahawa kadang-kala kata-kata mu itu membuatkan dia tersinggung???bagaimana perbuatan kamu terhadap sahabat??adakah kamu fikir perasaan seorang sahabat apabila kau melakukan sesuatu?namun dalam kealpaan kamu,kamu telah banyak melukakan hati seorang sahabat…pernah kamu fikir untuk memohon maaf kpdnya…ikhlaskah kamu??cuba kamu fikir sedalam2nya,,berapa banyak pengorbanan seorang sahabat kepada kamu??dan setakat mana kamu mampu berkorban untuk sahabat??adakah status dan pangkat seseorang sahaja yang hanya kamu menganggapnya sebagai sahabat??? bagaimana pula jika semua darjat dan pangkat itu telah hilang…masihkah kamu menganggapnya sbagai seorang sahabat?begitu keji nya kamu jika kamu tergolong dari golongan itu….fikir2 lah sendiri sejauh mana diri kita dengan sahabat….ingat lah sabda Rasulullah S.A.W
"orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang gagal mencari sahabat,dan orang yang lebih gagal dari itu ialah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

Thursday, 24 February 2011

Taaruf..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhwah buat sahabat yang mengenali ana, salam perkenalan buat insan yang baru mengenali ana. Ingin ana coretkan sedikit sebanyak mengenai diri ini. Orang kata kalau tak kenal camna nak cinta..Kalau tak cinta camna nak berkasih sayang..begitulah kita dengan Allah. Kalau tak kenal Allah, camna nak cintakanNya?  Ana berasal dari Negeri Che Siti Wan Kembang dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang..Ayahku hanyalah seorang lelaki uzur yang sudah penat mengerah keringat di laut sehinggalah ana besar kini..Ibuku pula tetap setia dengan amanah dariNya, menjaga dan mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Ana cukup bertuah kerana memiliki 3 orang abang, 3 orang kakak dan 3 orang adik.. Subahanallah, nikmat dari Allah yang Esa. Bermula di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor(1), aku memulakan langkah dalam mengenali dunia ini..Kemudian, ku menyambung langkah perjalanan mencari nur Ilahi di Maahad Muhammadi Lilbanat  di sebuah bandar di Kelantan..Setelah 6 tahun ana di sana, ustaz ustazah tidak pernah jemu mendidikku..daripada ana merangkak, kini dapat berlari girang..terlalu banyak memori terindah terungkap di MMP, tidak mampu di lakarkan hanya dengan sebatang pena..Namun saat itu beransur pergi, kerana ku harus meneruskan perjalananku..Kini, ana sedang melayari bahtera perjuangan dalam membentuk diri menjadi insan guru di sebuah IPG. .Sekadar perkenalan, moga antum semua sentiasa dalam keredhaan Tuhan..