Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhwah buat sahabat yang mengenali ana, salam perkenalan buat insan yang baru mengenali ana. Ingin ana coretkan sedikit sebanyak mengenai diri ini. Orang kata kalau tak kenal camna nak cinta..Kalau tak cinta camna nak berkasih sayang..begitulah kita dengan Allah. Kalau tak kenal Allah, camna nak cintakanNya? Ana berasal dari Negeri Che Siti Wan Kembang dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang..Ayahku hanyalah seorang lelaki uzur yang sudah penat mengerah keringat di laut sehinggalah ana besar kini..Ibuku pula tetap setia dengan amanah dariNya, menjaga dan mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Ana cukup bertuah kerana memiliki 3 orang abang, 3 orang kakak dan 3 orang adik.. Subahanallah, nikmat dari Allah yang Esa. Bermula di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor(1), aku memulakan langkah dalam mengenali dunia ini..Kemudian, ku menyambung langkah perjalanan mencari nur Ilahi di Maahad Muhammadi Lilbanat di sebuah bandar di Kelantan..Setelah 6 tahun ana di sana, ustaz ustazah tidak pernah jemu mendidikku..daripada ana merangkak, kini dapat berlari girang..terlalu banyak memori terindah terungkap di MMP, tidak mampu di lakarkan hanya dengan sebatang pena..Namun saat itu beransur pergi, kerana ku harus meneruskan perjalananku..Kini, ana sedang melayari bahtera perjuangan dalam membentuk diri menjadi insan guru di sebuah IPG. .Sekadar perkenalan, moga antum semua sentiasa dalam keredhaan Tuhan..
No comments:
Post a Comment